DEFINISI MEMBACA



Definisi Membaca
 
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, "baca" ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Terdapat banyak huraian mengenai takrif membaca.Harris dan Sipay (1980) menyatakan bahawa membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis. Membaca sebagai proses membina jambatan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang bercetak di permukaan bertulis (Mahzan Arshad 2003).
          Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca adalah berteraskan keinginan yang mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Selain itu, Goodman(1973) menyatakan bahawa membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuk makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Hali ini menunjukkan bahawa melalui proses membaca wujud interaksi bahasa dengan pemikiran kerana hubuungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas.
          Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Individu tersebut perlulah mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang dibacanya. Dalam proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:
1.         Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
2.        Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
3.        Menterjemahkan makna perkataan tersebut dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada dalam minda.
4.       Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap.
5.       Mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.


No comments:

Post a Comment