RAJINNYA MEMBACA ^_^
PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA
Pendekatan
Binaan
Pendekatan binaan juga dikenali sebagai pendekatan
sintesis iaitu pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan
memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti
dengan unsur yang lebih besar. Dalam pendekatan ini, murid-murid akan
diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku
kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.
Contoh, untuk mengajar perkataan ‘makan’,
murid-murid perlu diperkenalkan dahulu dengan huruf-huruf ‘m’, ‘a’, ‘k’, ’a’
dan ‘n’ dan daripadanya dibentuk suku kata ‘ma’ dan ‘kan’,
kemudian digabungkan menjadi ‘makan’. Perkataan ini akan digalurkan
dengan perkataan lain yang telah diketahui oleh pelajar untuk membentuk rangkai
kata, ayat dan seterusnya cerita. Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini
ialah kaedah abjad.
Pendekatan
Cerakinan
Pendekatan cerakinan ini dikenali sebagai
pendekatan analisis iaitu pendekatan pengajaran ini mendahulukan unsur yang
besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang
membentuk struktur yang besar tersebut. Melalui pendekatan ini, pengajaran
bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid – murid kemudian
ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan
kepada suku kata seterusnya huruf-huruf.
Contoh ayat seperti ‘saya sayang ibu’. Dalam
ayat ini, perkataan-perkataan ialah ‘saya’ , ‘sayang’, ‘ibu’,
manakala suku kata terdiri daripada ‘sa + ya’ , ‘sa + yang’ , ‘i
+ bu’ , dan huruf-huruf ialah ‘s’, ‘a’, ‘y’, ‘a’, ‘s’, ‘a’, ‘y’,
‘a’, ‘n’. ‘g’, ‘i’, ‘b’, ‘u’. Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini
ialah kaedah pandang dan sebut yang di dalamnya terangkum kaedah seluruh
perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita.
Pendekatan
Elektik
Pendekatan elektik juga dikenali sebagai pendekatan
campuran. Pendekatan elektik ini menggabungkan kedua-dua pendekatan iaitu
pendekatan binaan dan juga pendekatan cerakinan. Pendekatan ini mengambil
ciri-ciri yang terbaik daripada kedua-duanya, disesuaikan dengan keadaan
murid-murid, situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya. Pendekatan
ini mestilah dijalankan secara sistematik dan dirancangkan dengan
sebaik-baiknya. Ia juga mestilah mempertimbangkan dengan semasak-masaknya akan
sifat-sifat dan ejaan bahasa Melayu yang fonemik, struktur suku kata,
tatabahasa, sistem sebutan dan sebagainya agar perjalanan pengajaran dapat
meninggalkan kesan yang sebaik-baiknya kepada para pelajar.
Pendekatan Pengalaman Bahasa
Pendekatan ini biasanya digunakan kepada pelajar-pelajar yang
mempunyai perbezaan linguistik. Menurut Lewis (1991) dengan menggunakan bahasa
lisan pelajar dapat mencerminkan penguasaan sintaksis dan struktur ayat. Penggunaan
perbendaharaan kata menggunakan bahan bacaan berdasarkan bahasa dan pengalaman
pelajar. Perkataan itu mencerminkan kandungan teks bagi memudahkan pelajar
membina makna. Pelajar mempunyai pengalaman bahasa mudah menguasai teks. Ia menjadi
pendorong kepada pembaca peringkat awal dan melahirkan sikap positif dalam
membaca. Keupayaan bahasa pelajar penting bagi menggunakan pndekatan ini. Pendekatan
ini dapat disepadukan dengan pendekatan lain. Guru boleh memulakan pengajaran
membaca dengan pendekatan ini sebelum memperkenalkan pendekatan berasakan
kesusasteraan. Pendekatan ini melibatkan aktiviti belajar termasuk hubungan
antara pemikiran, pertuturan, penulisan, dan membaca.
PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Pemilihan Bahan Bacaan
TUJUAN
PEMILIHAN BAHAN BACAAN
- Memperaku bahan-bahan bacaan berkualiti.
- Memberi panduan untuk memilih dan memilih.
- Memberi panduan untuk pengkelasan dan pengkatalogan.
- Sebagai asas pemilihan.
KEPENTINGAN PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Kepentingan
pemilihan sesuatu bahan bacaan dijelaskan Khairusy Syakirin (2007) dalam penulisannya. Beliau
menyatakan bahawa bukan semua bahan bacaan boleh menjadikan sesebuah bangsa itu
maju. Oleh yang demikian sesuatu bahan bacaan perlu dipilih terlebih dahulu
sebelum dibeli atau dibaca. Ini kerana, membaca bahan bacaan yang sesuai dan
bermutu adalah penting bagi perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan penjelasan
tersebut, dapat disimpulkan bahawa pemilihan bahan bacaan yang tepat amat
penting bagi membentuk peribadi dan jati diri seseorang individu.
Ramai orang
yang berkesedaran mengeluh dengan sikap sebilangan besar masyarakat yang
ghairah menelaah bahan bacaan yang bersifat mementingkan keseronokan semata-mata.
Dalam hal ini, saya mengambil pendirian yang berbeza daripada keluhan-keluhan
klise yang bertumpu kepada meletakkan kesalahan fenomena tersebut ke atas diri
masyarakat yang tidak pandai untuk memilih bahan bacaan. Dalam hal ini, saya
rasa tidak wajar meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada diri masyarakat
tersebut kerana saya fikir fenomena yang berlaku ini sebenarnya merupakan kesan
daripada bahan bacaan ini yang semakin membarah atau boleh disebut sebagai
post-modernisme.
Menentukan Tahap Kesukaran
Pembaca perlu menentukan tahap kesukaran bahan yang hendak dibaca.
Jika pembaca memilih bahan bacaan yang mempunyai tahap kesukaran yang tinggi
akan menyebabkan pembaca kurang mendapat pemahaman dari bahan bacaan tersebut.
Pembaca juga perlu pastikan bahan bacaan itu hanya mempunyai sedikit kesukaran.
Jika terlalu banyak pembaca tidak faham terhadap sesuatu terutamanya istilah
dan perlu merujuk kamus akan menyebabkan pembaca letih, keliru dan putus asa
untuk meneruskan proses membaca. Hal ini kerana pembaca perlu mengumpulkan
semua makna istilah atau kata-kata yang baru diterima untuk difahami dan ia
memerlukan masa yang panjang bagi sesetengah pembaca.
Oleh itu,
pembaca perlu memulai proses membaca dengan memilih bahan bacaan yang mudah
difahami. Apabila sudah berasa selesa barulah beralih kepada tahap kesukaran
yang sedikit tinggi. Semua bidang memang disediakan bahan bacaan untuk semua
peringkat, dari yang tidak tahu langsung sehinggalah ke peringkat yang memboleh
pembaca mengkritik bahan bacaan tersebut. Jadi, pembaca hanya perlu mencari
bahan bacaan yang mudah. Bagi sesetengah pembaca, mereka lebih tertarik dan
menyukai jika bahan bacaan tersebut turut disertakan dengan gambar, jadual,
pelan dan sebagainya. Tiada alas an bagi pembaca untuk mengelakkan diri dari
membaca kerana sekarang ini teknologi teknologi semakin canggih dan kemudahan
untuk membaca senang diperoleh.
PEMILIHAN BAHAN
BACAAN
Pemilihan bahan bacaan sangat penting kerana setiap
pelajar mempunyai tahap kefahaman dan keupayaan yang berbeza. Ini menjadi masalah bagi sesetengah guru kerana sukar untuk mendapatkan
bahan bacaan tersebut. Ini kerana, untuk mendapatkan buku daripada tajuk-tajuk
yang dicadangkan kadangkala tidak terdapat lagi di pasaran atau tidak sesuai
dengan kandungan pengajaran bahasa yang ingin dijalankan di dalam bilik darjah.
Oleh itu,
guru perlu membuat beberapa pertimbangan sebelum memilih bahan bacaan.
1. Bahan yang Sesuai dengan
Perkembangan Pelajar
Sesuatu bahan bacaan yang
dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap perkembangan pelajar. Misalnya,
pelajar tahap rendah atau kanak-kanak yang masih di tahap satu, penggunaan
bahan yang mempunyai ayat berulang-ulang sangat penting untuk mengukuhkan
pengamatan pelajar terhadap huruf yang bercetak seperti buku cerita. Pada tahap
ini, kanak-kanak masih lagi dalam proses mengenal huruf dan membaca ayat-ayat
yang pendek dapat membantu mereka memahami teks yang dibaca. Perkataan yang
berulang-ulang akan memudahkan pelajar membuat taakulan dan memudahkan guru
menjalankan langkah pengukuhan.
Berbanding dengan pelajar
dewasa, pemilihan bahan bacaan mereka juga berbeza dimana kandungan bahan yang
dipilih biasanya mengandungi struktur ayat yang panjang dan memerlukan mereka
menggunakan kemahiran berfikir. Tidak sesuai guru menggunakan bahan bacaan
kanak-kanak untuk pelajar dewasa. Setiap peringkat dalam persekolahan iaitu
daripada darjah 1 sehinggalah tingkatan 3, 4, 5 dan 6, bahan bacaan yang
digunakan berubah daripada mudah kepada semakin kompleks atausukar untuk
difahami.
2. Bahan yang Menarik Minat Pelajar
Sememangnya, guru
perlulah memilih bahan bacaan yang dapat menarik minat pelajar dan sesuai
dengan tahapnya. Misalnya, pelajar peringkat rendah, buku yang dipilih perlulah
mempunyai persembahan ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik. Ilustrasi
yang menarik akan dapat menjadikan pelajar berminat untuk mengetahui kandungan
dalam sesebuah buku. Ilustrasi penting kepada pelajar untuk membina daya
imaginasi mereka. Contohnya, dalam buku-buku cerita seperti Pinochio, Sang
Kancil, Cinderella dan sebagainya, setiap muka surat buku itu terdapat gambar
untuk menerangkan jalan cerita. Gambar ini membantu pelajar berimaginasi bahawa
keadaan dalam cerita adalah seperti gambar yang ditunjukkan.
Pada peringkat menengah pula, bahan yang menarik minat pelajar ialah bahan yang mempunyai kualiti seni bahasa dan sastera yang bermutu tinggi. Maksudnya disini, bahan yang berkualiti ialah bahan yang mempunyai susunan plot yang rapi, watak yang pelbagai, tema yang utuh, gaya yang menarik dan sudut pandangan yang berkesan. Contohnya, novel, majalah, surat khabar dan sebagainya. Namun, guru perlu mempertimbang bahasa yang digunakan agar tidak melampaui kemampuan pelajar atau terlalu rendah dengan tahap mereka.
Pada peringkat menengah pula, bahan yang menarik minat pelajar ialah bahan yang mempunyai kualiti seni bahasa dan sastera yang bermutu tinggi. Maksudnya disini, bahan yang berkualiti ialah bahan yang mempunyai susunan plot yang rapi, watak yang pelbagai, tema yang utuh, gaya yang menarik dan sudut pandangan yang berkesan. Contohnya, novel, majalah, surat khabar dan sebagainya. Namun, guru perlu mempertimbang bahasa yang digunakan agar tidak melampaui kemampuan pelajar atau terlalu rendah dengan tahap mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)